RON95 or RON97
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan petrol RON95 akan dijual mulai 1 September 2009 bagi menggantikan petrol RON92 yang ditamatkan penggunaan kerana penggunaan petrol RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini. Harga petrol RON95 telah ditetapkan pada harga RM 1.80 seliter manakala petrol RON97 yang dijadikan produk premium telah dinaikkan harga kepada RM 2.05 berbanding RM 1.80 sebelum ini.
Antara alasan petrol RON95 diperkenalkan adalah selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran dan pengguna akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi. Namun begitu, sejauh mana keberkesanan dan kecekapan serta kualiti petrol RON95 ia bergantung kepada pengguna kenderaan.
Ruangan ini memberi peluang kepada anda untuk menyatakan pendapat serta komen bagi membincangkan isu di atas. Adakah harga yang ditetapkan sesuai dengan kecekapan petrol tersebut.
Apakah RON?
RON ialah akronim bagi ‘Research Octane Number’ atau nombor oktana penyelidikan. Ia merupakan ukuran bagi sifat pembakaran petrol. Nombor 95 dan 97 mewakili nilai RON yang minimum bagi sesuatu petrol agar ‘ketukan enjin’ dapat dicegah. Ketukan enjin berlaku apabila petrol terbakar secara pra matang sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh. Ini mengakibatkan ketukan yang akan menyebabkan sesuatu enjin kehilangan kuasa. Dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan anda, sepertimana yang telah disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan anda, anda memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin.
Manual kenderaan anda seharusnya menyatakan nilai RON minimum petrol yang perlu digunakan. Ada kalanya, maklumat ini turut dicatatkan pada atau di sekeliling penutup tangki petrol anda. Sekiranya anda tidak pasti, rujuklah dengan pengedar rasmi atau pengeluar enjin kenderaan anda, ataupun dengan merujuk kepada mekanik bertauliah.
Untuk mengetahui dengan lebih banyak kaedah penjimatan petrol sila rujuk..
http://everydrop.shell.com.my/
Did You Know What RON Is?
"RON stands for Research Octane Number. Octane number or octane rating refers to the gasoline ability to withstand auto ignition (knocking) inside the engine. Higher octane number refers to higher ability of the oil to fight auto ignition. Simply say, it means that RON95 is harder to ignite compared to RON92 or RON97 is harder to burn compared to RON95.
Higher octane number oil is mostly designed for top performance cars such as sport cars and racing cars. This is to avoid premature burning of oil inside the engine."
A lot of people said that RON92 petrol is the older oil and it is only suitable for older cars only. And, there are also some said that RON92 petrol would make the engine dirty. As comparison, RON92 petrol is less powerful than RON95 and RON97. What do you opinion?
RON95 or RON97
No comments:
Post a Comment